Azlina "HUMAIRA"

Wednesday 30 November 2011

EL NINA C0LLECTION


ASSALAMUALAIKUM~~ mai2 pkat singgah sat.. tg0k2  produk syarikat kami~.. macam2 xses0ri wanita yang kmi juai,,, harga murah2 ja... kt bwah nie antara produk-produk yang kmi jual... kalau ada yang beminat b0ley wat tempahan... ley hubungi nadia (0173578968) shida ( 0172754501)




    Anting-anting RM 2.00



    KER0NSANG RM 3.90




    SELENDANG RM 8.00

Thursday 17 November 2011

~~10 Trend di Dunia Teknologi Maklumat~~



COMPUTEX TAIPEI 2007 Satu pameran ICT tahunan yang berlansung pada 5 Jun lalu merupakan pameran ICT yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia telah menggaris 10 trend terkini yang berlaku di dalam teknologi maklumat seantero dunia yang biasanya akan menjadi kenyataan dalamasa 1-2 tahun.
Trend pertama adalah perisian yang berasaskan Microsoft Vista, termasuklah perkembangankomputer riba yang dikuasai oleh enam perusahaan pengeluar notebook terbesar di dunia, Quanta, Compal, Wistron, Inventec, Asus dan Foxconn.
Trend kedua merupakan inovasi di dunia konsol permainan, seperti Wii, PS3 dan Xbox, termasuk perkembangan peralatan sampingannya yang jumlahnya amat lumayan dan mengikuti perkembangan dari peranti lunak yang sedia ada.
Trend ketiga berkaitan dengan perkembangan di dunia television LCD berukuran besar, 32, 37 dan 40 inci yang banyak dipasang di ruang terbuka seperti dataran-dataran, mall-mall dan lobi pejabat dan syarikat. Dunia LCD yang “dikuasai” oleh Jepun dan Korea sedikit diambil oleh beberapa vendor dari Taiwan, seperti MiTAC, Compal dan Wistron.
Trend keempat yang hampir sama dengan trend ketiga di atas, iaitu makin banyaknya pengeluaran layar LCD yang secara siginifikan mengenepikan pemakaian monitor CRT, terutama dengan perkembangan pesat didalam penggunaan notebook yang naik sampai 33% di tahun 2006 lalu.
Trend kelima merupakan trend yang tidak putus-putus di dalam beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu apa yang disebut sebagai “emas hitam” atau memori DRAM yang keperluannya meningkat sehingga mencecah 35 juta dolar Amerika.
bTrend keenam berhubungan dengan perkembangan telekomunikasi bergerak iaitu peralatan telefon selular dengan teknologi 3.5G yang sarat dengan berbagai keterbatasan paten dan monopoli teknologi.
Trend ketujuh adalah naiknya penjualan komponen semikonduktor di bidang telekomunikasi, yang seiring dengan penurunan penjualan semikonduktor di komputer atau PC.
Trend kelapan mengukuhkan kelahiran 802.11n, iaitu piawaian wireless LAN (WIFI) yang akan segera menjadi piawaian dunia, apalagi jenama-jenama terkenal seperti Apple TV dan Microsoft Vista sedang memanfaatkan teknologi ini secara optimal.
Trend kesembilan mengacu ke perkembangan industri perangkat tenaga solar atau tenaga matahari yang banyak digunakan di negara sedang membangun seperti Malaysia, dan seluruh pengeluar perangkat ini di Taiwan, sangat bergantung pada keperluan bahan utamanya yang sebahagian bukan dari dalam Taiwan.
Trend kesepuluh bergerak di dunia Portable Navigation Device (PND), yaitu perangkat konsumer untuk navigasi, penyesuaian perkembangan GPS dan sekaligus komponen penunjangnya seperti SoC dan Sip Single Chip yang membuat perangkat PND ini semakin kecil dan lebih banyak fungsinya.

~ L0VE IT~